SOALAN
YANG LAZIM DITANYA MENGENAI TRANSFER FACTOR
Rencana Barah: Punca & rawatan | Penyakit Lain |
Soalan & Jawapan Transfer Factor |
Soalan:
- Apa itu Transfer Factor?
- Apakah itu kolostrum?
- Apakah yang dimaksudkan dengan "kepandaian sistem imun"?
- Apakah yang mendorong para saintis mencari Transfer Factor dalam kolostrum?
- Apakah sejarah di sebalik Transfer Factor?
- Apakah fungsi Transfer Factor?
- Jika Transfer Factor terdapat dalam kolostrum, mengapa tidak ambil sahaja
kolostrum?
- Bolehkah orang yang mempunyai alergi kepada susu atau "lactose
intolerant" mengambil Transfer Factor?
- Saya sedang mengamalkan makanan kesihatan lain seperti vitamin, herba,
enzim dll. Apakah perlu saya mengambil Transfer Factor?
- Adakah terdapat fakta sains yang membuktikan Transfer Factor dapat
meningkatkan daya imun jauh lebih tinggi dari makanan kesihatan lain?
- Adakah kajian mengenai Transfer Factor telah dibuktikan dan disahkan oleh
sains?
- Jika Transfer Factor terlalu bagus dan berkesan, mengapa para doktor tidak
menggunakannya di klinik?
- Adakah Transfer Factor selamat digunakan?
- Adakah semua orang boleh mengambil Transfer Factor?
- Adakah terdapat maklumat mengenai keselamatan menggunakan Transfer Factor?
- Siapakah yang boleh mendapat manfaat dari pengambilan Transfer Factor?
- Saya cukup sihat. Apakah perlu saya mengambil Transfer Factor?
- Saya sedang mengambil ubat doktor. Bolehkah juga saya mengambil Transfer
Factor?
- Bolehkah wanita hamil mengambil Transfer Factor?
- Bagi seseorang yang tidak boleh menelan kapsul, bagaimanakah cara untuk
mengambil Transfer Factor?
- Adakah Transfer Factor sama seperti vitamin, galian, hormon dan enzim?
- Adakah Transfer Factor terlalu mahal harganya?
- Adakah selamat untuk mengambil Transfer Factor berlebihan dalam sehari?
- Bolehkah seseorang itu mengambil lebih banyak Transfer Factor Plus dari
apa yang disyorkan?
- Bolehkah Transfer Factor diambil bersama vitamin, mineral, enzim, ginseng,
gamat atau herba lain?
- Apakah penyakit yang memerlukan Transfer Factor?
- Mengapa lembu dipilih sebagai sumber Transfer Factor?
- Apakah kemungkinan Transfer Factor atau kolostrum dicemari oleh kuman
lembu gila (mad cow disease)?
- Mengapa harus saya mengambil Transfer Factor jika saya sudahpun menerima
maklumat sistem imun ketika saya bayi?
- Berapa kerap saya harus mengambil Transfer Factor?
- Adakah terdapat sebarang peluang bagi syarikat lain meniru dan menjual
Transfer Factor?
- Adakah saya perlu mempunyai latar belakang dalam bidang sains,
farmasiutikal atau pemakanan untuk berkongsi tentang Transfer Factor dengan orang ramai?
|
1. Apakah itu Transfer Factor?
Ia adalah molekul halus pembawa maklumat imun (immune IQ) yang terkandung dalam
kolostrum. Ia bertanggungjawab memindahkan maklumat imun di antara sel yang terdapat dalam
sistem imun badan. Setiap mamalia yang menyusukan anak akan memindahkan kepandaian sistem
imunnya kepada si anak melalui susu pertamanya yang dinamakan kolostrum dan Transfer
Factorlah kuncinya. Ia adalah "Senjata Daya Imun" yang paling berharga.
[menu]
2. Apakah itu kolostrum?
Kolostrum adalah susu awal yang didapati dari 1 hingga 3 hari selepas si ibu melahirkan.
Selain dari mengandungi nutrien, ia juga mengandungi Transfer Factor.
[menu]
3. Apakah yang dimaksudkan dengan "kepandaian
sistem imun"?
Setiap manusia atau haiwan akan sentiasa diserang oleh berbagai-bagai jenis kuman, virus,
kulat, hama, habuk, parasit dan perosak dari luar, yang mendatangkan penyakit. Sistem
imunlah yang bertindak memerangi musuh-musuh ini. Apabila musuh menyerang, gambaran rupa
musuh akan disimpan dalam ingatan molekul halus yang dinamakan Transfer Factor. Transfer
Factor bertindak sebagai 'kamera penyimpan maklumat' bentuk rupa kuman, virus, kulat dsb.
[menu]
4. Apakah yang mendorong para saintis mencari
Transfer Factor dalam kolostrum?
Melalui pengamatan, mereka dapati bahawa anak lembu yang tidak diberi susu awal ibunya
selepas dilahirkan akan mati tidak berapa lama selepas itu walaupun banyak mengambil
makanan lain. Infeksi dari serangan kuman, virus dan kulat adalah penyebabnya. Pengkaji
mendapati bahawa anak lembu yang baru dilahirkan tidak mempunyai sistem pertahanan yang
terbentuk dan tidak mengenali bentuk rupa kuman, virus, kulat dsb. Dengan adanya Transfer
Factor, sistem pertahanan anak lembu dapat mengenali musuhnya lantas dapat mempertahankan
diri dari serangan.
[menu]
5. Apakah sejarah di sebalik Transfer Factor?
Pada tahun 1949 Dr. H Sherwood Lawrence, ketika membuat kajian mengenai penyakit batuk
kering (TB), mendapati bahawa kecerdikan sistem imun seseorang yang sudah pulih dari
penyakit boleh dipindahkan kepada seseorang lain yang belum terkena penyakit dengan
menggunakan molekul halus yang diekstrak dari sel darah putih. Beliau namakan molekul
halus itu sebagai Transfer Factor.
[menu]
6. Apakah fungsi Transfer Factor?
a) Meningkatkan aktiviti sel 'Natural Killer' (NK) ketahap 283 - 437%. Ini adalah 10 - 30
kali ganda lebih tinggi dari kemampuan lain-lain jenis herba atau makanan kesihatan yang
pernah dikaji oleh sains. Sel NK adalah komponen sistem imun yang paling penting dalam
menentang infeksi dari penyakit. Ia meronda, mencari dan memusnahkan infeksi dan sel
berpenyakit. Sel NK juga bertanggungjawab melawan dan memusnahkan sel kanser dan sel
berinfeksi akibat serangan virus, kuman, kulat dan sebagainya.
b) Meningkatkan kebijaksanaan (IQ) sistem imun - Transfer Factor memiliki gambaran rupa
beribu-ribu jenis kuman perosak. Ia akan memindahkan gambaran ini kepada sel sistem imun
supaya ia dapat mengenali musuhnya dengan cepat. Transfer Factor memberi informasi yang
tepat supaya sel imun dapat bertindak dengan segera untuk menghapuskan kuman, virus dan
kulat sebelum ia bertapak dan membiak di dalam tubuh badan.
c) Menenangkan sistem imun yang terlalu aktif - Sistem imun yang terlalu aktif akan
menyerang sel baik dan juga tisu tubuh badan. Keadaan ini menyebabkan penyakit 'autoimun'.
Transfer Factor akan menenangkan sel imun apabila musuh-musuh telah berjaya diatasi dan
mengarahkannya ke tempat lain yang diperlukan. Fungsi penenang ini amat penting untuk
membantu pesakit autoimun seperti lupus, artritis, alergi, asma, sklerosis multipel,
psoriasis dan banyak lagi.
[menu]
7. Jika Transfer Factor terdapat dalam kolostrum,
mengapa tidak ambil sahaja kolostrum?
Kolostrum hanya mengandungi sedikit Transfer Factor. Anda perlu mengambil 45,000mg
kolostrum untuk mendapatkan 600mg Transfer Factor. Ini bermakna sebiji pil Transfer Factor
adalah sama kekuatannya dengan 75 biji pil kolostrum. Kolostrum juga mengandungi protein
sistem imun (antibodi), hanya sesuai untuk anak lembu, yang boleh menyebabkan alergi pada
manusia. Transfer Factor tidak menyebabkan alergi kerana ia tidak mengandungi protein
tersebut dan sesuai untuk semua jenis spesies.
[menu]
8. Bolehkah orang yang mempunyai alergi kepada susu
atau "lactose intolerant" mengambil Transfer Factor?
Seperti yang diterangkan di atas, Transfer Factor tidak menyebabkan sebarang alergi kerana
ia tidak mengandungi susu, lemak susu atau gula susu (lactose). Semua itu telah diasingkan
oleh teknologi ekstraksi canggih milik 4Life Research, yang terdapat dalam Transfer Factor
adalah pati molekul "IQ imun".
[menu]
9. Saya sedang mengamalkan makanan kesihatan lain
seperti vitamin, herba, enzim dll. Apakah perlu saya mengambil Transfer Factor?
Transfer Factor bertindak terus ke atas sistem yang paling penting dalam tubuh badan
manusia iaitu sistem imun atau daya menentang penyakit. Tanpa daya imun, manusia tidak
dapat hidup. Jika sistem imun tidak diberi makanan tepat yang diperlukan, ia akan mencuri
bahan yang diperlukan dari sistem yang lain kerana ia adalah fungsi yang terpenting dalam
badan. Makanan tambahan lain hanya membekalkan zat kepada sel dan organ tetapi tidak dapat
memberi informasi atau kebijaksanaan kepada sistem imun untuk mengenali musuhnya. Sama
juga seperti orang kuat, jika terlalu bodoh atau gila, nescaya akan dapat dikalahkan juga
oleh musuhnya.
[menu]
10. Adakah terdapat fakta sains yang membuktikan
Transfer Factor dapat meningkatkan daya imun jauh lebih tinggi dari makanan kesihatan
lain?
Ya! Walaupun makanan kesihatan lain mempunyai fungsi tertentu dalam kesihatan manusia,
Transfer Factor memainkan peranan paling penting dalam daya melawan penyakit. Kajian sains
yang dijalankan selama 7 tahun (1992 - 1999) oleh Jeunesse Inc - Institute of Longevity
Medicine, California ke atas 198 produk atau rumusan bahan semulajadi, hanya 46 sahaja
yang dapat meransang aktiviti sel NK ke tahap 10 - 49%. Transfer Factor dan Transfer
Factor Plus dapat meransang aktiviti sel NK ke tahap 283 dan 437% (sila lihat laporan
penyelidikan).
[menu]
11. Adakah kajian mengenai Transfer Factor telah
dibuktikan dan disahkan oleh sains?
Sejak penyelidikan Dr. Sherwood Lawrence pada tahun 1949, terdapat lebih dari 3,000 kajian
saintifik dan klinikal yang melibatkan beratus-ratus pakar bedah, doktor dan saintis
ternama dari lebih dari 70 buah negara. Penyelidikan ke atas Transfer Factor telah menelan
belanja lebih dari US$40 juta.
[menu]
12. Jika Transfer Factor terlalu bagus dan berkesan,
mengapa para doktor tidak menggunakannya di klinik?
Terdapat ramai doktor di Amerika dan Eropah yang sudah mula mengguna dan mengesyorkan
Transfer Factor kepada pesakit mereka. Transfer Factor juga disenaraikan dalam buku PDR
(Physicians' Desk Reference) iaitu buku yang menjadi panduan dan rujukan para doktor
ketika mengesyorkan ubat. Terdapat beribu-ribu testimoni dari pesakit yang menggunakan
Transfer Factor serta pengesyoran dari para doktor.
[menu]
13. Adakah Transfer Factor selamat digunakan?
Ia adalah 100% selamat, asli dan tanpa sedikit pun toksid. Pengkaji telah memberikan dos
sehingga 2000 kali ganda kepada sukarelawan untuk ujian klinikal dan mendapati tiada
langsung kesan sampingan.
[menu]
14. Adakah semua orang boleh mengambil Transfer Factor?
Ya, dari bayi yang baru dilahirkan sehingga orang tua boleh mengambil Transfer Factor
kerana ia adalah bahan asli yang tidak mengandungi sebarang toksid. Ia diekstrak dari
kolostrum dan kolostrum sememangnya makanan/minuman bayi.
[menu]
15. Adakah terdapat maklumat mengenai keselamatan
menggunakan Transfer Factor?
Pada tahun 1980, FDA USA meluluskan kolostrum dan diikuti dengan kelulusan mengambil
Transfer Factor dari kolostrum untuk kegunaan manusia dalam tahun 1985.
[menu]
16. Siapakah yang boleh mendapat manfaat dari
pengambilan Transfer Factor?
Semua orang yang ingin mencegah serta merawat apa sahaja penyakit dan juga orang yang
mahukan tenaga yang lebih.
[menu]
17. Saya cukup sihat. Apakah perlu saya mengambil
Transfer Factor?
Transfer Factor mendidik sistem imun kita untuk mengenal dan sentiasa bersedia menghadapi
serangan musuh di dalam tubuh badan kita. Serangan musuh ini berlaku pada setiap hari
akibat dari cara kehidupan di zaman ini seperti pencemaran kepada makanan, air dan udara.
Mencegah adalah lebih baik dari merawat. Kadangkala penyakit boleh merosakkan organ kita
ke tahap tidak dapat dipulihkan kembali. Lagipun walau kita sihat, sistem imun terpaksa
berkerja "overtime" setiap hari bagi memastikan kita tetap hidup. Jika sistem
imun tidak mendapat Transfer Factor secukupnya, ia boleh menyebabkan kita akan selalu
merasa letih dan lesu.
[menu]
18. Saya sedang mengambil ubat doktor. Bolehkah juga
saya mengambil Transfer Factor?
Ya, boleh! Transfer Factor adalah asas "sistem pertahanan asli" untuk manusia
dan ia tidak bercanggah dengan apa sahaja ubat-ubatan doktor, malahan Transfer Factor akan
mempercepatkan proses penyembuhan seseorang itu.
[menu]
19. Bolehkah wanita hamil mengambil Transfer Factor?
Ya boleh. Tidak terdapat sebarang laporan kesan sampingan dari wanita hamil yang mengambil
Transfer Factor. Namun begitu adalah lebih baik meminta nasihat doktor masing-masing
terlebih dahulu. Walau bagaimanapun, Transfer Factor Plus tidak disyorkan untuk wanita
hamil.
[menu]
20. Bagi seseorang yang tidak boleh menelan kapsul,
bagaimanakah cara untuk mengambil Transfer Factor?
Kapsulnya boleh dibuka dan campurkan isi kandungannya kepada air, bubur atau sebarang
makanan lembut.
[menu]
21. Adakah Transfer Factor sama seperti vitamin, galian,
hormon dan enzim?
Tidak. Transfer Factor adalah pemakanan tambahan lain dari yang lain dan tergolong dalam
kelas tersendiri. Transfer Factor adalah 'otak' atau IQ kepada sistem imun.
[menu]
22. Adakah Transfer Factor terlalu mahal harganya?
Jika dibandingkan dengan daya kekuatan dan keberkesanan Transfer Factor dalam meransang
sistem imun, ia adalah jauh lebih murah dari produk kesihatan lain. Contohnya jus noni dan
aloe vera merangsang sistem imun setinggi 15% sahaja tetapi Transfer Factor Plus dapat
merangsang sistem imun setinggi 437%, iaitu 29 kali ganda lebih tinggi. Jika sebotol jus
noni atau aloe vera berharga RM80, anda perlu berbelanja RM2,320 untuk mendapat kekuatan
yang sama seperti sebotol Transfer Factor Plus yang berharga cuma sekitar RM220 sahaja.
[menu]
23. Adakah selamat untuk mengambil Transfer Factor
berlebihan dalam sehari?
Ya, selamat. Tidak terdapat sebarang laporan kesan toksid dari pengambilan Transfer Factor
secara berlebihan.
[menu]
24. Bolehkah seseorang itu mengambil lebih banyak
Transfer Factor Plus dari apa yang disyorkan?
Kadangkala seseorang itu perlukan dos yang lebih tinggi dalam jangka masa pendek bagi
mendapat sokongan yang lebih kuat kepada sistem imun dalam menghadapi penyakit tertentu.
Cara terbaik untuk memulakan pengambilan Transfer Factor Plus adalah dengan mengikut dos
yang tercatat di label.
[menu]
25. Bolehkah Transfer Factor diambil bersama vitamin,
mineral, enzim, ginseng, gamat atau herba lain?
Ya, boleh! Transfer Factor tidak bercanggah dengan nutrien lain.
[menu]
26. Apakah penyakit yang memerlukan Transfer Factor?
Semua penyakit dari yang ringan seperti selsema kepada yang berat seperti barah, sakit
jantung, buah pinggang, kencing manis, bisa lutut, sawan, alergi dan sebagainya. Apabila
seseorang itu berpenyakit, itu menunjukkan bahawa sistem imunnya sudah kalah. Transfer
Factor akan mengejutkan dan merangsang sistem imun seseorang itu untuk melawan penyakit
tersebut.
[menu]
27. Mengapa lembu dipilih sebagai sumber Transfer
Factor?
Lembu mempunyai sumber susu awal yang sangat banyak. Transfer Factor tidak terhad untuk
jenis spesies yang mengeluarkannya, ini bermakna ia sesuai dan boleh digunakan oleh
manusia walaupun unsurnya dari spesies lain. Lembu juga lebih terdedah kepada cabaran alam
sekitar seperti kotoran, kuman ,virus, hama, kulat dan sebagainya menjadikan sistem
imunnya jauh lebih kuat dari manusia. Ini bermakna Transfer Factor dari unsur kolostrum
lembu mempunyai banyak "pengalaman" dan "kebijaksanaan" dalam mendidik
dan merangsang sistem imun.
[menu]
28. Apakah kemungkinan Transfer Factor atau kolostrum
dicemari oleh kuman lembu gila (mad cow disease)?
a. Tidak mungkin. Pakar tentang penyakit lembu gila telah mengesahkan bahawa kuman BSE
(bovine spongiform encephalopathy) tidak memasuki saluran mammari dan kolostrum.
Pemeriksaan ke atas semua lembu yang diserang penyakit lembu gila mendapati bahawa tiada
satu pun yang mempunyai susu yang dijangkiti. Para saintis juga mendapati bahawa kesan
jangkitan kuman pada tahap terakhir berada di otak dan tulang belakang lembu. Tidak pernah
terdapat susu yang dijangkiti.
b. World Health Organisation (WHO) memberi kenyataan: "Ujian ke atas susu dari lembu
yang dijangkiti kuman BSE tidak menunjukkan sebarang jangkitan. Susu dan produk yang
diperbuat dari susu telah disahkan selamat dan bebas dari jangkitan sebarang kuman
walaupun di negara yang mempunyai banyak insiden penyakit lembu gila (Great Britain).
[menu]
29. Mengapa harus saya mengambil Transfer Factor jika
saya sudahpun menerima maklumat sistem imun ketika saya bayi?
Transfer Factor yang kita terima dari ibu kita sewaktu baru dilahirkan dahulu membantu
sistem imun kita untuk cabaran pada masa itu. Sekarang kita menghadapi banyak cabaran baru
sedangkan sistem imun kita semakin lemah akibat umur yang semakin meningkat. Menguatkan
sistem imun adalah tersangat penting untuk kesihatan yang berpanjangan
[menu]
30. Berapa kerap saya harus mengambil Transfer Factor?
Setiap hari tubuh badan kita menghasilkan sel imun baru yang memerlukan maklumat. Transfer
Factor harus diambil setiap hari bagi memastikan sistem imun kita sentiasa mendapat
sokongan dan didikan untuk menghadapi cabaran yang sentiasa memenuhi alam sekitar kita.
Apatah lagi di zaman sekarang di mana penyakit berupa serangan virus seperti SARS,
penyakit kuku dan mulut, selsema burung, HIV-AIDS semakin berleluasa. Para saintis juga
telah mendapati bahawa kebanyakan penyakit adalah berpunca daripada seraangan virus dan
kuman. Ini termasuk penyakit kencing manis, jantung, TB, sawan, semput dan sebagainya.
[menu]
31. Adakah terdapat sebarang peluang bagi syarikat lain
meniru dan menjual Transfer Factor?
Syarikat lain akan sentiasa mencari jalan untuk meniru dan menjual Transfer Factor kerana
mereka tahu bahawa Transfer Factor mempunyai pasaran yang sangat luas. Tetapi perlindungan
hakcipta (paten) telah diberikan hanya kepada syarikat 4Life Research sahaja dan ianya
berkuatkuasa di seluruh dunia. Ini disebabkan proses mengasingkan Transfer Factor dari
kolostrum, yang sangat rumit, telah dihasilkan oleh para saintis di 4Life Research setelah
beberapa tahun menjalankan penyelidikan dan kajian. Disamping itu hanya Transfer Factor
keluaran 4Life Research yang disenaraikan dalam buku panduan dan rujukan doktor (PDR). Ini
bermakna hanya 4Life Research sahaja yang memiliki Transfer Factor yang diakui kualiti dan
keberkesanannya.
[menu]
32. Adakah saya perlu mempunyai latar belakang dalam
bidang sains, farmasiutikal atau pemakanan untuk berkongsi tentang Transfer Factor dengan
orang ramai?
Tidak. Konsep Transfer Factor mudah diterangkan kerana ia adalah bahan asas dalam sistem
pertahanan manusia. Di mana mana, manusia sentiasa mencari jawapan dalam penjagaan
kesihatan dan meningkatkan daya melawan penyakit (peningkatan sistem imun). Ibu, bapa,
kaum remaja, kanak-kanak dan orang yang sudah lanjut usia semuanya sedang menghadapi
cabaran yang semakin hari semakin meningkat dalam usaha mengekalkan kesihatan tubuh badan.
Dengan berkongsi maklumat yang terdapat dalam risalah ini, kebanyakan dari soalan akan
terjawab. Selain itu anda secara tidak langsung telah melakukan amal kebajikan dengan
menyebarkan ilmu yang sangat penting dalam kehidupan manusia, sesuai dengan hadis nabi
yang bermaksud "sebaik-baik manusia adalah mereka yang paling banyak memberi manfaat
kepada manusia lain".
[menu] |